KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan memfitnah dan menghasut, yang mana ia akan merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong pada Januari dan awal bulan ini.
Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
"Saya faham, tidak mengaku salah," kata Badrul Hisham yang memakai baju Melayu berwarna hijau dengan bersamping kuning.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membuat penerbitan menghasut di Facebook, atas nama 'Chegubard', di Taman Bukit Cheras, pada jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kes kedua, Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya Bersatu Johor itu, dituduh mengeluarkan kenyataan fitnah, yang mana dia mempunyai sebab mempercayai bahawa kenyataan itu akan merosakkan nama baik Agong di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada jam 6 petang, 22 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 29 2024
Che'gu Bard ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, bagi menghadapi dua pertuduhan kes memfitnah dan menghasut. - Foto Sinar Harian
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Nik Nazmi hantar surat tuntutan kepada Chegubard
Nik Nazmi tuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion oleh Che'gu Bard.
Nik Nazmi ambil tindakan undang-undang terhadap Che'gu Bard
Nik Nazmi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard.
PRN: Tindakan saman Sanusi untuk pertahan diri dari fitnah - Amirudin
Amirudin menegaskan tindakan beliau menyaman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohd Sanusi Md Noor sebagai mempertahankan diri dan bukannya salah guna kuasa.
PRN: Che'gu Bard dakwa wujud salah guna kuasa babit MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari didakwa terbabit dalam salah laku dalam pemberian projek membersihkan Sungai Klang yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat.
PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan
Beberapa siri laporan polis terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan akan dibuat bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen pilihan raya negeri (PRN).